
Pemain No 10 dunia itu mencatat kemenangan ‘straight set’ 21-11, 21-10 dalam tempoh 34 minit pada peringkat final menentang pemain Hong Kong Angus Ng di Stadium Nimibutr sebentar tadi, lapor Berita Harian.
Kemenangan ini merupakan gelaran kejohanan pertama bagi Zii Jia tahun ini, dan yang kedua dalam Terbuka Thailand selepas 2022.
Kali terakhir Zii Jia meraih gelaran antarabangsa adalah pada Terbuka Artik di Finland Oktober tahun lepas.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram