HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Kes bunuh Bella pindah Mahkamah Tinggi Muar

-

Tertuduh Mohammad Haikal Mahfuz, 24, didakwa bunuh Mila Sharmila Samsusah pada Disember lalu.

0
Shares
Total Views: 1
teman-lelaki-bella
Mohammad Haikal Mahfuz kali pertama dihadapkan ke mahkamah 24 Jan lalu atas dakwaan membunuh Mila Sharmila Samsusah. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA:
Kes bunuh wanita dikenali sebagai Bella pada Disember tahun lalu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Muar.

Perkara itu diputuskan Majistret Suhaila Shafi’uddin ketika prosiding sebutan izin di Mahkamah Majistret Batu Pahat.

Pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip sebelum itu memaklumkan kepada mahkamah pihaknya sudah mendapat kebenaran daripada Pejabat Pendakwaan Negeri Johor (PPNJ) untuk memindahkan kes terbabit.

Bagaimanapun, tarikh untuk sebutan kali pertama di mahkamah tinggi, belum diputuskan, lapor Berita Harian.

Tertuduh, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, hadir ke mahkamah dengan berbaju T putih sambil diiringi anggota polis bagi mendengar status permohonan izin yang tertangguh sebanyak tiga kali.

Turut kelihatan ibu bapa tertuduh serta keluarga terdekat Bella termasuk kakaknya, Norhisham Samsusah, 36, yang menunggu di luar mahkamah sejak 8.15 pagi.

Pada prosiding itu, Haikal diwakili Syahril Anuar Harun, manakala Tun Laila Tun Rafaee bertindak sebagai peguam pemerhati keluarga Bella.

Sementara itu, Syahril Anuar berkata, dengan arahan dikeluarkan hari ini, pihaknya akan menunggu tarikh untuk sebutan kali pertama di mahkamah tinggi.

Haikal didakwa membunuh Bella atau Mila Sharmila Samsusah, 32, antara Jalan Kelapa Barli, Taman Soga sehingga Jalan Parit Besar, di Kampung Parit Besar dan sebuah rumah sewa terbiar di Lorong Imam Jailani, Tongkang Pechah.

Kejadian pada 11 malam hingga 5 pagi, antara 14 hingga 15 Dis 2023.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun atau tidak melebihi 40 tahun, sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati serta sebatan tidak kurang 12 kali.

Bella yang juga ibu tunggal dua anak dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah sewanya di Taman Soga, di Batu Pahat, pada malam 14 Dis lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.