
Wan Azmany Wan Ali @ Wan Abdul Aziz membuat pengakuan itu di depan Hakim Ahmad Kamal Ariffin Ismail.
Dia didakwa menerima rasuah berjumlah RM14,950 di sebuah cawangan bank di Taman Kebun Teh, Johor Bahru antara 27 Mac 2017 hingga 2 Sept 2021.
Pembantu kastam kanan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur itu didapati secara rasuah memperolehi wang RM100 hingga RM3,000 daripada seorang pemilik ejen perkhidmatan pengangkutan kargo di KLIA sebagai balasan melancarkan urusan perkhidmatannya.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, lapor Sinar Harian.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Maziah Mohaide, manakala tertuduh diwakili peguam Jamaludin Abdul Jalil serta Asril Helmi Arsad.
Pihak pendakwaan mencadangkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan, tetapi peguam memohon jaminan dikurangkan kepada RM5,000.
Mahkamah membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Julai ini untuk serahan dokumen.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram