HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Syarikat untuk DRT: PAS soal MB tentang konflik kepentingan, runding terus

-

Ketua Pemuda PAS Selangor berkata, MB harus menjelaskan mengapa kerajaan negeri guna kaedah runding terus untuk memilih syarikat terbabit.

4
Shares
Total Views: 1
Sukri Omar
Ketua Pemuda PAS Selangor Sukri Omar berkata, perdana menteri berikrar hanya tender terbuka dan RFP akan dilaksanakan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA:
Menteri Besar Amirudin Shaari disoal tentang kemungkinan wujudnya ‘konflik kepentingan’ dalam pelantikan sebuah syarikat yang dikaitkan dengan suami Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh untuk suatu sistem transit.

Ketua Pemuda PAS Selangor Sukri Omar berkata, Amirudin juga harus menjelaskan mengapa kerajaan negeri menganugerahkan projek itu tanpa melalui tender terbuka.

Katanya, penjelasan oleh exco mengenai penganugerahan itu menunjukkan ‘ianya (melalui) runding terus’.

Sukri berkata, Amirudin juga harus menjelaskan sama ada beliau ‘tidak sedar’ wujudnya konflik kepentingan susulan pelantikan Asia Mobiliti Technologies Sdn Bhd, yang diterajui suami Yeoh, Ramachandran Muniandy, sebagai CEO.

Asia Mobility adalah salah satu daripada dua syarikat yang terpilih untuk sistem ‘Demand-Responsive Transit’ (DRT) bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan perbatuan pertama dan terakhir di Selangor.

Terdahulu, Exco Ng Sze Han berkata, Asia Mobiliti and BadanBas Coach Sdn Bhd terpilih untuk mengendalikan sistem itu.

Katanya, keputusan dibuat selepas pembentangan kepada Jawatankuasa Pelaksanaan Projek Rintis DRT dan pengalaman mereka melaksanakan pembuktian konsep.

Sukri berkata, kenyataan Ng mengesahkan proses perolehan yang digunakan dengan ‘memanggil dua syarikat membuat pembentangan dan seterusnya dipilih untuk projek ini. Maka sah ianya adalah runding terus’.

“Antara janji Pakatan Harapan bawah pemerintahan Anwar Ibrahim adalah memastikan hanya tender terbuka dan ‘request for proposal’ sahaja akan dilaksanakan,” katanya.

“Malah selepas menjadi perdana menteri, Anwar menegaskan kerajaan bawah kepimpinan beliau tidak akan terlibat dengan tender runding terus kecuali projek berkaitan keselamatan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.