
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Adam Ilyas, berkata ini kerana keputusan akhir berkaitan permohonan semakan di Mahkamah Rayuan masih belum dibuat.
“Awesome TV turut memfailkan rayuan kepada tribunal rayuan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) dan masih menunggu keputusan.
“Perkara ini masih di peringkat mahkamah dan sedang menunggu keputusan akhir. Oleh itu tindakan MYTV Sdn Bhd untuk menggantung Awesome TV adalah tidak beretika serta menyalahi undang-undang,” katanya dalam kenyataan.
MYTV dalam satu hantaran di Facebooknya memaklumkan penyiaran saluran 112 Awesome TV di platformnya digantung mulai 12.01 tengah malam tadi.
Sebelum ini, MYTV juga pernah mengumumkan tindakan sedemikian yang berkuat kuasa 2 Nov 2023 susulan wujud isu-isu komersial melibatkan kedua-dua pihak walaupun pelbagai langkah penyelesaian telah cuba diambil.
Untuk rekod, Awesome TV mula bersiaran secara rasmi pada 1 Ogos 2020 dan menawarkan beberapa kandungan tempatan dan antarabangsa.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram