HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

China setuju lanjut tempoh kecuali visa pelancong Malaysia

-

Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi berkata Beijing setuju melanjutkan tempoh pengecualian visa untuk pelancong Malaysia daripada 15 kepada 30 hari.

0
Shares
Total Views: 1
tourist
Zahid Hamidi berkata, lanjutan tempoh pengecualian visa bagi pelancong Malaysia akan dilaksanakan selepas perjanjiannya ditandatangani kedua-dua negara. (Gambar Bernama)

BEIJING:
China bersetuju melanjutkan tempoh pengecualian visa untuk pelancong dari Malaysia daripada 15 kepada 30 hari, kata Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi.

Zahid yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah mengumumkan perkara itu semasa Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China, di sini, hari ini.

“Semasa pertemuan saya dengan Perdana Menteri Li Qiang semalam, salah satu perkara yang dibangkitkan ialah melanjutkan tempoh pelancong Malaysia ke China (pengecualian visa) daripada 15 kepada 30 hari, yang Malaysia telah lakukan dengan memberikan pelancong China visa percuma selama 30 hari.

“Saya ingin umumkan kedua-dua negara telah bersetuju dan pelaksanaannya ialah selepas perjanjiannya ditandatangani,” katanya.

Majlis yang berlangsung di Diaoyutai Guesthouse itu, turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri China, Ding Xuexiang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.