HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Didik rakyat kepentingan Statut Rome, kata ketua hak asasi manusia PBB

-

Volker Türk berkata lebih banyak didikan diperlukan bagi menghapuskan salah anggap mengenai Statut Rome.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Volker Türk berkata Statut Rom adalah berkenaan siasatan ‘jenayah besar’ apabila sistem domestik tidak mampu menanganinya.

PUTRAJAYA:
Lebih banyak didikan diperlukan untuk menghapuskan salah tanggapan dan menggalakkan negara-negara untuk mempertimbang meratifikasi Statut Rom, kata Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Volker Türk.

Türk menjelaskan bahawa Statut Rom adalah berkenaan siasatan ‘jenayah besar’ apabila sistem keadilan domestik tidak mampu menangani perkara itu.

“Saya rasa terdapat keperluan untuk lebih banyak didikan tentang apa sebenarnya Statut Rom. Ia adalah mengenai penyiasatan jenayah besar jika terdapat laporan di peringkat domestik (bagi) negara-negara tidak mampu menanganinya,” katanya pada sidang akhbar.

Türk ditanya bagaimana PBB dapat membantu Malaysia jika negara itu mempertimbangkan semula pendiriannya terhadap ratifikasi Statut Rom.

Terdahulu, pesuruhjaya itu juga berkata beliau akan menawarkan sokongan kepada Malaysia untuk bergerak ke hadapan dengan meratifikasi enam lagi teras perjanjian hak asasi manusia antarabangsa.

Malaysia bukanlah negara termasuk dalam Statut Rom, sebuah perjanjian antarabangsa yang diterima pakai pada 1998, yang kini mempunyai 123 negara penandatangan.

Perjanjian itu memberikan Mahkamah Jenayah Antarabangsa bidang kuasa untuk mendakwa jenayah genosid, jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang, dan jenayah pencerobohan.

Kerajaan menarik diri dari perjanjian global itu empat tahun lalu, apabila bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau terpaksa berbuat demikian disebabkan kekeliruan yang timbul mengenai isu tersebut dalam negara.

Mahathir berkata isu tersebut dipolitikkan untuk memburukkan reputasi kerajaan Pakatan Harapan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.