HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Ada tafsiran berbeza bidang kuasa berkait MA63, kata Fadillah

-

Timbalan perdana menteri berkata antaranya berhubung bidang kuasa perairan.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof pada Perayaan Duan Wu (Dragon Boat Festival) di Kuching. (Gambar Bernama)

KUCHING:
Beberapa tafsiran dari sudut bidang kuasa seperti sempadan dan tanah yang berbeza di peringkat negeri Sabah, Sarawak serta persekutuan perlu dimuktamadkan oleh Kabinet, kata Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga menteri peralihan tenaga dan transformasi air berkata isu berkenaan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Di Bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikannya pada 28 Mei lalu.

“…salah satunya berhubung bidang kuasa perairan, iaitu ‘our continental shelves’, iaitu setakat mana sempadan kita. Tafsiran Sarawak ialah kita dah ada perundangan sendiri dan sempadan negeri sebelum penubuhan Malaysia.

“Ada perbezaan pandangan (sudut) perundangan di peringkat persekutuan dan tafsiran di peringkat negeri (Sabah dan Sarawak) jadi perkara itu perlu dibawa ke Kabinet untuk ditentukan apakah arah tujunya…ada perkara yang ‘agree to disagree’, maknanya ‘dipersetujui’ tapi tak dipersetujui secara muktamad,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Perayaan Duan Wu (Dragon Boat Festival).

Selain itu, Fadillah berkata cukai duti setem yang dilihat bercanggah di peringkat persekutuan dan kedua-dua negeri itu turut menjadi antara perkara masih belum dipersetujui dalam mesyuarat berkenaan.

“Tafsiran Sarawak ialah tanah adalah bidang kuasa negeri (tetapi) disebut dalam Perlembagaan, cukai duti setem ialah (kuasa) persekutuan. Jadi itu satu lagi tafsiran yang berbeza – jadi kita kena selesaikan perkara itu,” katanya.

Antara mewakili Sarawak bagi MTPMA63 yang lalu terdiri ketiga-tiga Timbalan Premier Douglas Uggah Embas, Awang Tengah Ali Hasan dan Sim Kui Hian, manakala Sabah diwakili Timbalan Ketua Menteri I Jeffrey Kitingan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.