HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Sukarelawan ajar bahasa Inggeris, bukan bawa guru dari Singapura, jawab Anwar

-

Perdana menteri berkata, cadangan sebenarnya adalah mewujudkan satu skim bantuan menghantar sukarelawan mengajar bahasa Inggeris ke kawasan pedalaman.

0
Shares
Total Views: 1
Anwar Ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan pertemuannya dengan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong membincangkan satu skim bantuan menghantar sukarelawan ke kawasan pendalaman. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan bukannya berhasrat mahu membawa guru dari Singapura untuk mengajar bahasa Inggeris sebaliknya mewujudkan satu skim bantuan untuk menghantar sukarelawan ke kawasan pedalaman.

Anwar berkata dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong pada Rabu lalu, mereka berbincang untuk mewujudkan satu skim bantuan untuk menghantar sukarelawan mengajar bahasa Inggeris ke kawasan miskin bandar, pedalaman Sabah dan Sarawak.

“Bukan bawa dan lantik guru bahasa Inggeris dari Singapura. Fakta salah.

“Saya bicarakan skim bantuan lantikan sukarelawan yang dibayar Singapura pergi ke kawasan miskin bandar dan kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah untuk ajar bahasa Inggeris,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program ‘Himpunan Aspirasi Madani Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Bersama Perdana Menteri’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Dalam sidang media bersama Wong pada Rabu lalu, Anwar berkata mereka berbincang mengenai kemungkinan negara republik itu menghantar guru-guru untuk mengajar bahasa Inggeris dan mata pelajaran lain di beberapa tempat.

Namun, beliau tidak mengulas lanjut secara terperinci mengenai cadangan yang dibincangkan itu.

Bagaimanapun, cadangan itu ditolak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) yang berkata Malaysia mempunyai ramai guru yang berkemampuan mengajar bahasa Inggeris.

Bekas menteri Rafidah Aziz pula berkata kerajaan harus mengambil semula guru bersara untuk mengajar bahasa Inggeris kerana gaji guru dari Singapura terlalu mahal disebabkan kadar tukaran mata wang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.