
“Jangan kita terpesong daripada tujuan. Dunia harus menjadi jambatan menuju negeri abadi,” katanya dalam perutusan Hari Raya Aidiladha.
Beliau berkata, peluang mengembara ke Makkah untuk menunaikan haji antara kurniaan besar Allah kepada hamba-Nya, selain mengenang manasik haji sebagai satu daripada rukun Islam.
Namun katanya, harus diingat haji mempunyai maqasid kerohanian tersendiri bertujuan mengubah jiwa manusia agar lebih zuhud dan sederhana.
Menurutnya, ketika berihram dengan pakaian serba putih yang kosong, jemaah diasuh dengan nilai kebersihan dan kesederhanaan, manakala segala busana mewah dan lencana kehormat harus ditinggalkan.
Anwar berkata, begitu juga wuquf di Arafah merupakan perhimpunan raksasa tanpa mengira status, darjat dan pangkat yang membugar rasa insaf dan tawaduk di depan Allah.
“Inilah tonggak kekuatan haji yang tidak tertandingkan, terpancar menerusi penghayatan dan amalan.”
Dalam meraikan kemeriahan Aidiladha, beliau mengingatkan umat Islam tidak melupakan golongan asnaf dengan berkongsi nikmat Tuhan dan membahagiakan mereka dengan mengerjakan ibadah korban.
Beliau turut mendoakan jemaah yang kini berada di Makkah supaya beroleh haji mabrur dan pulang ke tanah air dengan sejahtera.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram