HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Penyasaran subsidi: Harga rumah mampu milik kekal

-

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Aiman Athirah Sabu berkata harga rumah mampu milik kekal RM300,000 ke bawah.

0
Shares
Total Views: 1
affordable house
Aiman Athirah Sabu berkata kerajaan juga memberi jaminan bahawa harga barangan bagi sektor pembinaan tidak akan terkesan berikutan ia dalam kawalan. (Gambar Bernama)

CYBERJAYA:
Harga rumah mampu milik kekal RM300,000 ke bawah meskipun penyasaran subsidi diesel dilaksanakan, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Aiman Athirah Sabu.

Beliau berkata hal ini kerana pemantauan berkesan dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) supaya tiada pihak yang sewenang-wenangnya menaikkan harga atau kos khidmat pengurusan.

“Harga rumah setakat ini tiada kenaikan apa-apa. Rumah mampu milik (harga) masih kekal bawah RM300,000,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Program Ibadah Korban Sentuhan Kasih Parlimen Sepang bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tahun 2024 di sini hari ini.

Aiman Athirah berkata kerajaan juga memberi jaminan bahawa harga barangan bagi sektor pembinaan tidak akan terkesan berikutan ia dalam kawalan.

Turut hadir pada program ibadah korban itu, Ketua Setiausaha KPKT M Noor Azman Taib dan Ketua Pengarah JBPM Nor Hisham Mohammad.

Sementara itu, Nor Hisham berkata ibadah korban tahun ini yang membabitkan 33 lembu dan empat kambing merupakan ibadah terbesar dilaksanakan JBPM.

“Penekanan utama (korban) adalah kesediaan pegawai dan anggota berkorban dalam ibadah dan kebersamaan dalam program yang perlu dihayati semangat itu,” katanya.

Nor Hisham berkata 1,000 orang terlibat dalam ibadah korban termasuk 250 anggota JBPM dan 50 pegawai KPKT manakala 1,000 pek daging korban akan diagihkan termasuk 600 pek kepada golongan asnaf.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.