HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Noh Omar dilantik timbalan presiden MN

-

Bekas ketua Pemuda Umno Bagan Datuk Nik Azli Nik Ariffin turut dinamakan sebagai pengerusi MN Perak.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Bekas ketua Umno Selangor Noh Omar dilantik sebagai timbalan presiden MN, umum Annuar Musa hari ini.

PETALING JAYA:
Bekas ketua Umno Selangor Noh Omar dilantik sebagai timbalan presiden Muafakat Nasional, sebuah NGO yang ditubuhkan selepas kegagalan pakatan dengan nama serupa, dianggotai Umno dan PAS, pada 2022.

Presiden MN Annuar Musa berkata, pelantikan ini bertujuan mengukuhkan lagi MN pada peringkat pusat serta negeri bagi memastikan objektif serta inisiatif MN dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Noh dipecat oleh Umno tahun lepas kerana melanggar disiplin parti pada PRU 2022.

Selain itu, bekas ketua Pemuda Umno Bagan Datuk Nik Azli Nik Ariffin dinamakan sebagai pengerusi MN Perak.

Menurut Annuar, MN amat prihatin dengan pelbagai isu yang menyelubungi rakyat, terutamanya kesempitan hidup yang semakin meruncing.

Katanya, keadaan itu berpunca daripada kos sara hidup yang semakin meningkat akibat kegagalan pihak berwajib menangani isu ini dengan cekap dan berkesan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.