HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Langkawi boleh dijadikan ‘destinasi pilihan Muslim’, kata timbalan menteri

-

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata penumpuan kepada sektor khusus boleh memberi daya saing terhadap pulau itu.

0
Shares
Total Views: 1
langkawi
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata Langkawi mungkin sukar untuk bersaing dengan pulau lain di rantau ini.

KUALA LUMPUR:
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan mencadangkan Langkawi dijadikan ‘destinasi pilihan Muslim’ untuk bersaing dengan pulau lain menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

Khairul berkata satu cara untuk Malaysia bersaing dengan negara lain ialah dengan memberi tumpuan kepada sektor khusus.

“Kita tahu Langkawi mungkin sukar untuk bersaing dengan pulau-pulau lain di rantau ini.

“Kita mungkin akan memposisikan Langkawi sebagai ‘preferred Muslim destination’ supaya ia lebih ke arah kekeluargaan dan kerohanian,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau ditanya Teresa Kok (PH-Seputeh) sama ada pendekatan yang diambil kerajaan negeri tertentu dalam mengenakan dasar yang tidak mesra pelancong seperti larangan minum arak dan memakai seluar pendek boleh menjejaskan kejayaan TMM2026.

Khairul berkata kementerian telah bekerjasama dengan kerajaan negeri yang menguatkuasakan peraturan sedemikian dan mendapati ‘keadaan cukup terkawal’.

Katanya, tidak perlu untuk meneliti perkara remeh seperti itu.

“Itu sebabnya penting setiap negeri memainkan peranan masing-masing. Tidak perlu setiap negeri melakukan perkara sama kerana ia akan menjejaskan dari sudut kompetitif itu sendiri,” katanya.

September lalu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing dilaporkan berkata bahawa pelancong telah mengadu tentang dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai kerajaan tertentu di Langkawi kerana mengganggu mereka mengenai kod berpakaian dan pengambilan arak.

Tiong menggesa Menteri Besar Kedah Sanusi Nor menjelaskan perkara itu memandangkan pelancong terbabit bukan beragama Islam dan mereka tidak dilarang membeli arak dan memakai seluar pendek.

Menjawab perkara itu, Sanusi menafikan dakwaan Tiong dan menyifatkan ia sebagai tidak berasas. Beliau berkata Tiong harus pergi ke Langkawi dan “melihat sendiri” keadaan itu.

Beliau juga berkata Tiong boleh “minum seberapa banyak yang dia mahu” di Langkawi.

“Dia harus memakai seluar pendek di Langkawi dan lihat jika ada orang yang menghalangnya.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.