HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Pertelingkahan Iswardy dengan PBB sekadar perbezaan pendapat, kata PKR Sarawak

-

Ketua PKR Sarawak Roland Engan menegaskan bahawa tiada pakatan sebelum pilihan raya dimeterai.

0
Shares
Total Views: 1
Iswardy Morni
Kenyataan Iswardy Morni bahawa PKR Sarawak bersedia mencabar GPS pada PRN akan datang disokong Roland Engan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA:
PKR Sarawak menganggap pertelingkahan antara pengarah strategiknya, Iswardy Morni dengan seorang pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini berpunca daripada pandangan peribadi yang berbeza.

Ketua PKR Sarawak Roland Engan bagaimanapun mempertahankan dakwaan Iswardy bahawa parti itu bersedia mencabar gabungan pemerintah Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada PRN jika diberi kebenaran.

“(Naib Presiden PBB Abdul Karim Rahman Hamzah) sendiri berkata sebelum PRU15 bahawa sebarang kerjasama politik hanya akan dibincang atau dirasmikan selepas pengundian, bukan membentuk sebarang pakatan sebelum pilihan raya.

“Jadi, semua boleh bertanding, dan kami akan serahkan kepada kebijaksanaan rakyat Sarawak untuk memilih kerajaan seterusnya,” kata Roland kepada FMT.

Beliau juga memetik Pengerusi GPS Abang Johari Openg sebagai berkata, gabungan itu akan bertanding di semua 82 kerusi dan peruntukan kerusi tidak perlu dibincangkan dengan Pakatan Harapan (PH), yang dianggotai PKR.

Roland berkata demikian susulan laporan minggu lepas bahawa Karim menganggap desakan PKR Sarawak untuk meletakkan calon pada PRN akan datang sebagai berniat jahat.

Beliau berkata, kenyataan Iswardy mencerminkan ‘perasaan’ PKR Sarawak terhadap GPS.

Roland bagaimanapun menyangkal cadangan sedemikian.

“Ahli PKR malah dinasihatkan untuk membantu menyebarkan maklumat mengenai inisiatif kerajaan dan memudahkan permohonan bantuan kerajaan,” katanya.

Roland berkata, keutamaan PKR kini adalah untuk mengukuhkan PKR Sarawak dan menguatkan kehadirannya di seluruh negeri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.