HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Sebutan semula pertikaian JMB Icon Residence ditetap 9 Julai

-

JMB Icon Residence memfailkan permohonan semakan kehakiman ke Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keputusan pemilihan jawatankuasa baharu.

0
Shares
Total Views: 1
Dzulhilman Sulaiman
Jurucakap penduduk Icon Residence Dzulhilman Sulaiman (kiri) bersama penghuni kondominium itu selepas prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang turut dihadiri Ketua Penerangan Pemuda MCA Neow Choo Seong.

KUALA LUMPUR:
Mahkamah Tinggi menetapkan 9 Jul untuk mendengar permohonan pengurusan jawatankuasa pengurusan bersama (JMB) sebuah kondominium berstatus strata di Mont Kiara untuk mendapatkan kebenaran menolak keputusan Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata, tahun lalu.

Keputusan itu memerintahkan pengurusan kediaman berkenaan diserahkan kepada jawatankuasa baharu dilantik.

Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh menetapkan tarikh pendengaran itu pada tarikh terbabit bagi membolehkan kedua-dua pihak bersedia dengan hujah dan dokumen berkaitan.

JMB Icon Residence memfailkan permohonan semakan kehakiman ke Mahkamah Tinggi pada 13 April selepas Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata menolak tuntutannya untuk membatalkan keputusan pemilihan jawatankuasa baharu pada 23 Dis tahun lalu.

Badan berkenaan diwakili peguam Choo Dee Wei manakala penduduk diwakili New Sin Yew.

Wakil penduduk, Dzulhilman Sulaiman ketika ditemui FMT selepas sesi pendengaran itu berharap peralihan kuasa pentadbiran JMB dapat dilaksanakan secara aman dan segera bagi melancarkan pengurusan penyelenggaraan.

Pada 14 Jun, penduduk Icon Residence membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan ‘penyelewengan dan salah guna kuasa’ oleh JMB kediaman itu.

Laporan dibuat Dzulhilman itu menyusul penularan dakwaan ‘kartel JMB’ yang turut dikaitkan dengan seorang wakil rakyat DAP, pegawai khasnya dan seorang lagi individu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.