HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Pemandu bas nahas di Genting Highlands didakwa esok

-

Ketua Polis Bentong Zaiham Mohd Kahar berkata lelaki itu akan didakwa mengikut Seksyen 41 (1) dan 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

0
Shares
Total Views: 1
bas terbabas
Dua warga China maut manakala 19 penumpang cedera dalam kejadian Sabtu lalu itu. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA:
Pemandu bas persiaran terbabit kemalangan maut di KM16.5 Jalan Genting Highlands hujung minggu lalu akan dihadapkan ke mahkamah di Bentong, esok.

Ketua Polis Bentong Zaiham Mohd Kahar berkata lelaki 32 tahun itu akan berdepan dua pertuduhan pagi esok.

“Pertuduhan pertama mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (kemalangan sehingga menyebabkan kematian) dan Seksyen 26 (1) akta sama kerana tidak memiliki lesen memandu,” katanya menurut Harian Metro.

Dalam nahas 11 pagi Sabtu lalu, dua pelancong China maut, manakala 19 penumpang lain terselamat selepas bas persiaran dinaiki mereka dipercayai terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan di KM16.5 Jalan Turun Genting Highlands.

Zaiham dilaporkan berkata, pemandu bas persiaran itu tiada lesen memandu dan memiliki 27 saman trafik lampau pelbagai kesalahan.

Semalam, Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook dilaporkan berkata, permit bas persiaran itu tamat tempoh 16 Feb lalu dan kenderaan itu sudah berusia 15 tahun, melebihi had usia dibenarkan, iaitu 12 tahun dan tambahan tiga tahun, jika ada rayuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.