![Nik Yusaimi Yussof rampasan kdn](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F07%2Ff49013d3-rampasan-kdn-fmt-030724-3.webp&w=3840&q=75)
Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata dalam operasi itu seramai 50 individu dan seorang warga asing ditahan untuk siasatan lanjut.
Katanya, Ops Cetak itu melibatkan sitaan pelbagai jenis bahan penerbitan yang melanggar peruntukan undang-undang seperti buku, majalah, pakaian, aksesori, alat permainan dan mesin cetak.
“Semua hasil bahan penerbitan ini didapati bertentangan dengan nilai moral dan sosio budaya masyarakat negara ini seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 7 (1) dan Seksyen 3(4) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
“Aktiviti penjualan dan pengedaran ini dikesan semakin meningkat di dalam talian dan juga dijual secara terbuka di premis-premis perniagaan,” katanya pada sidang media.
Nik Yusaimi berkata 15,602 unit alat mainan seks bernilai RM540,000 dirampas di beberapa lokasi di Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Kedah.
Katanya, semua alat permainan seks itu dipercayai diimport dari China dan Jepun
Katanya, tiga premis percetakan di Seri Kembangan dan Klang juga disita kerana disyaki beroperasi tanpa lesen.
“Anggaran mesin cetak yang disita dalam operasi ini adalah bernilai RM600,000 dan kita juga menahan tiga individu untuk siasatan lanjut,” katanya.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram