HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Tajuddin persoal keikhlasan Zahid terima kembali bekas ahli

-

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu mendakwa Zahid Hamidi pernah membuat janji sama, tetapi belum menjadi kenyataan.

0
Shares
Total Views: 1
tajuddin
Tajuddin Abdul Rahman berkata, walaupun ia tindakan terpuji untuk menerima semula bekas ahli Umno, beliau tertanya-tanya sama ada tawaran itu dibuat dengan niat baik.

PETALING JAYA:
Seorang bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno mempersoalkan keikhlasan Presiden parti itu, Zahid Hamidi menerima kembali bekas ahlinya.

Tajuddin Abdul Rahman, yang digantung keahlian Umno selama enam tahun sejak Oktober 2022, berkata ia tindakan terpuji untuk menerima kembali bekas ahli, tetapi beliau tertanya-tanya sama ada tawaran itu dibuat dengan niat baik.

“Ini dah berkali-kali sebut, tapi kita tak nampak lagi ianya menjadi kenyataan,” katanya dalam sebuah video.

Selasa lalu, Zahid dilaporkan berkata, Umno terbuka kepada mana-mana bekas ahli, termasuk bekas veteran parti, Mustapa Mohamed untuk pulang ke pangkuannya.

Menurutnya, Umno menerima banyak permohonan daripada bekas ahli yang mahu menyertai parti itu semula.

Ahli MKT Umno, Jalaluddin Alias juga berkata, parti itu mengalu-alukan kepulangan pemimpin dan ahli dipecat selepas PRU15.

Sabtu lalu, Naib Presiden Umno, Johari Ghani dilaporkan berkata bekas ahli mahu pulang ke pangkuan parti perlu diminta berikrar tidak akan melompat parti lagi.

Tajuddin dalam video itu berkata, Umno perlu menangani persengketaan dalaman kerana majoriti ahli berkongsi matlamat mahu bersama mengukuhkan Umno.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak itu turut membidas ahli meninggalkan Umno kerana tidak diberikan jawatan menteri, di mana ada yang mengemukakan permintaan sedemikian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.