![LONGKANG](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F07%2F191bb6a1-2-longkang-filepic-090724.webp&w=3840&q=75)
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim, berkata peruntukan secara sekali beri itu akan melibatkan kerja pembersihan longkang dan parit tidak bertuan sepanjang lebih 300km dilaksanakan dalam dua fasa, dengan setiap fasa membabitkan kos RM2.5 juta.
Beliau berkata, fasa pertama melibatkan pembersihan longkang dan parit tidak bertuan yang dikenal pasti Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor sepanjang 162km, manakala fasa kedua meliputi parit dan longkang dikenal pasti oleh Jabatan Kerja Raya Selangor, pihak berkuasa tempatan dan pejabat tanah dan daerah.
Izham berkata demikian ketika menjawab soalan Rosnizan Ahmad (PN-Morib) berkaitan ketetapan penyelenggaraan parit tidak bertuan pada persidangan DUN Selangor.
Beliau berkata, kerajaan Selangor juga sedang menyiapkan kertas dasar berhubung penyerahan milikan parit dan longkang tidak bertuan kepada agensi berkaitan.
“Syor sudah diluluskan dan kertas dasar perlu disiapkan sebelum akhir tahun ini supaya peruntukan dapat disediakan untuk mereka menguruskan (penyelenggaraan) secara berkala tahun hadapan,” katanya.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram