![hrd corp](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F07%2Fbc71d53d-hrd-corp-fmt-050724-1.webp&w=3840&q=75)
Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim ketika dihubungi, berkata semua individu itu terdiri petugas HRD Corp dan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma).
Terdahulu, media melaporkan pegawai penyiasat SPRM mengambil dokumen dari pejabat HRD Corp di Kuala Lumpur dan Kesuma, di sini, untuk membantu siasatan.
Hishamuddin dilapor berkata fokus siasatan tertumpu kepada isu rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan bawah Akta SPRM 2009.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024, terdapat tindakan serta keputusan diambil pengurusan HRD Corp tidak mematuhi prosedur dan menjaga kepentingan dalam mencapai fungsi penubuhan syarikat.
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) turut dilapor mendedahkan sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan Program Latihan HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan yang bukan merupakan matlamat penubuhan agensi itu.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram