HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Seorang lagi ditahan bantu siasatan dakwaan pempengaruh TikTok dibuli siber

-

Polis berkata semakan awal mendapati lelaki itu bekerja sebagai pemandu lori.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Polis menahan lelaki tempatan yang disyaki pemilik akaun TikTok di Setapak kira-kira 6.30 petang semalam. (Gambar Freepik)

PETALING JAYA:
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan dakwaan ugutan terhadap seorang pempengaruh TikTok yang meninggal dunia minggu lalu selepas dikatakan dibuli siber.

Ketua Polis Sentul Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata warga tempatan yang disyaki pengguna akaun TikTok @DulalBrothers itu ditahan di Setapak kira-kira 6.30 petang semalam.

“Semakan awal mendapati lelaki ini bekerja sebagai pemandu lori,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata lelaki itu akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Terdahulu, seorang pempengaruh wanita berusia 29 tahun didakwa membunuh diri kerana tertekan dengan buli siber. Mayatnya ditemui di rumahnya kira-kira 11 pagi 5 Julai lalu.

Susulan itu, seorang wanita tempatan berusia 35 tahun ditahan di Rawang pada Isnin lalu.

Siasatan polis mendapati dua hantaran di akaun itu mengandungi ugutan serta ancaman terhadap pempengaruh terbabit yang menggunakan kata-kata kesat serta lucah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.