HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Usaha Anwar tarik pelaburan sektor bernilai tinggi beri impak ketara, kata Forbes

-

Forbes Magazine berkata pelaburan penting telah ditarik dalam sektor bernilai tinggi seperti fabrikasi semikonduktor dan teknologi digital.

0
Shares
Total Views: 1
anwar
Pendekatan Anwar Ibrahim dari segi pengoptimuman kos terutama rasionalisasi subsidi dan mengurus kos perkhidmatan awam mendapat pujian Forbes. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR:
Usaha Perdana Menteri Anwar Ibrahim menarik sektor bernilai tinggi seperti fabrikasi semikonduktor dan teknologi digital, mempercepat kelulusan pelaburan langsung asing (FDI) dan meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan mempunyai implikasi ketara kepada Malaysia dan rantau Asia yang lebih luas, menurut Forbes Magazine.

Katanya, pelaburan penting telah ditarik dalam sektor bernilai tinggi seperti fabrikasi semikonduktor dan teknologi digital.

“Dengan memberi tumpuan kepada sektor yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi dan kemajuan teknologi, Malaysia menyasarkan untuk meningkatkan rantaian nilai global dan mendorong ekonomi yang lebih dinamik dan berdaya saing,” kata Benjamin Laker dalam komentar diterbitkan majalah itu di laman webnya.

Beliau berkata, langkah untuk menggalakkan kualiti pelaburan tertumpu terhadap produktiviti buruh menerusi automasi dan peningkatan perbelanjaan untuk penyelidikan dan pembangunan.

“Inisiatif ini dihasilkan untuk mewujudkan ekonomi yang lebih berteraskan inovasi — mengurangkan pergantungan kepada buruh berkemahiran rendah dan meningkatkan produktiviti keseluruhan. Pembaharuan ini mempunyai implikasi yang ketara kepada Malaysia dan rantau Asia yang lebih luas,” katanya.

Laker turut memuji pendekatan Anwar dari segi pengoptimuman kos, terutama rasionalisasi subsidi dan mengurus kos perkhidmatan awam.

“Perubahan melibatkan penjawat awam baharu kepada skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja — dijangka mengurangkan kos pencen jangka panjang — adalah satu langkah penting. Langkah ini bertujuan meringankan beban kewangan kerajaan dengan mengalihkan liabiliti pencen pada masa depan kepada model lebih mampan,” katanya.

Selain itu, enakmen Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal menginstitusikan pengurusan fiskal yang berhemah dengan sasaran kepada defisit fiskal 3% dan nisbah 60% hutang kepada keluaran dalam negara kasar.

Menurutnya, rangka kerja perundangan ini bertujuan memastikan dasar fiskal Malaysia kekal mampan dalam jangka panjang, menawarkan persekitaran ekonomi stabil yang kondusif kepada pertumbuhan.

Bagaimanapun, Laker yang juga profesor kepimpinan di Henley Business School, University of Reading menekankan bahawa cabaran tetap wujud.

Beliau berpandangan bahawa terdapatnya potensi halangan, misalnya dari segi usaha untuk menyasarkan semula subsidi petrol dan kos sara hidup tinggi yang dikaitkan dengan pemotongan subsidi baru-baru ini.

Laker berkata perjalanan Malaysia boleh menjadi contoh kepada negara lain dalam mengemudi pemulihan pasca pandemik dan transformasi struktur yang sama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.