HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Jangan lagak pembuli caci kes Farah Kartini

-

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata penghinaan dan spekulasi melampau disifatkan sebagai buli siber dan boleh dikenakan tindakan.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Ketua Polis Negara Razarudin Husain menasihatkan mereka merasakan dibuli di media sosial tampil membuat laporan.

PETALING JAYA:
Polis memberi amaran kepada pengguna media sosial jangan melampau mengeluarkan spekulasi yang disifatkan sebagai buli siber, merujuk tindakan mencaci mangsa mahupun suspek dalam kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata perbuatan itu secara tidak langsung boleh mengganggu emosi dan memberi tekanan kepada waris keluarga.

“Inilah buli siber. Isu ini serius…kita tidak mahu berlakunya kejadian buli siber sehingga menyebabkan kematian seperti yang menimpa pempengaruh TikTok baru-baru ini,” katanya menurut Bernama.

Razarudin berkata, individu yang merasakan dibuli di media sosial, diminta tampil melaporkan kepada pihak berkuasa.

Beliau berkata, polis menerusi Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Kementerian Komunikasi dalam meneliti dan mengkaji langkah serta tindakan lebih tegas dalam memerangi unsur buli siber.

Dalam pada itu, tindakan tegas akan diambil terhadap pengguna media sosial, didapati mengeluarkan sebarang spekulasi atau komen secara melampau sehingga mengancam keselamatan individu lain.

Katanya, individu melakukannya boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang dikuat kuasa antaranya bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) kerana ugutan, Seksyen 500 KK dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia.

“Saya memberi amaran kepada masyarakat terutama pengguna media sosial agar tidak mengeluarkan komen tidak benar dan membuat sebarang spekulasi.

“Jangan menyebarkan sesuatu perkara yang tidak pasti kesahihannya sehingga boleh menimbul fitnah, yang polis boleh bertindak menyiasat jika menerima laporan dan dituduh di mahkamah…beri ruang dan serahkan kepada kepada polis dalam menjalankan siasatan dalam sesuatu kes,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.