HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

3 ditahan, kes budak hilang diklasifikasi sebagai culik

-

Polis berkata ketiga-tiga warga tempatan itu ditahan di Gelang Patah petang semalam berhubung kehilangan Albertine Leo Jia Hui, 6, Sabtu lalu.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan Albertine Leo Jia Hui, 6, masih belum ditemui setakat ini, kata Ketua Polis Johor M Kumar.

PETALING JAYA:
Tiga termasuk seorang wanita ditahan polis bagi membantu siasatan kes kehilangan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri, Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, M Kumar, berkata ketiga-tiga individu warga tempatan itu ditahan di sekitar Gelang Patah, pada 1.30 petang semalam.

“Tangkapan telah dibuat terhadap dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan yang berusia dalam lingkungan 28 hingga 55 tahun bagi membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan semalam, menurut Berita Harian.

Beliau berkata kes kehilangan kanak-kanak itu juga sudah diklasifikasikan semula daripada laporan orang hilang kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

“Polis Johor mengesahkan bahawa kita telah mengklasifikasikan semula laporan polis yang diterima mengenai kes kehilangan itu kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah,” katanya.

Mengulas lanjut, M Kumar berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut dan tiga individu terbabit akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk perintah reman.

Katanya, kanak-kanak itu juga setakat ini masih belum ditemui.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Sebarang maklumat mengenai kejadian boleh disalurkan ke talian hotline Polis Johor di talian 019-2792095 atau talian Bilik Gerakan 07-2212999,” katanya.

Kanak-kanak terbabit, Albertine Leo Jia Hui disedari hilang oleh bapanya kira-kira 8.30 malam, Sabtu lalu.

Ketua Polis Iskandar Puteri M Kumarasan dilaporkan berkata, kanak-kanak itu berketinggian kira-kira 120cm dan rambutnya panjang berwarna hitam selain berkulit cerah dan bertubuh kurus sederhana.

Katanya, kanak-kanak berkenaan memakai baju T putih dengan gambar ‘Mickey Mouse’ di bahagian dada dan seluar pendek.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.