HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Kaji semula import sayur China, Thailand, bekas timbalan menteri beritahu kerajaan

-

Sim Tze Tzin berkata lambakan sayur dari dua negara itu menyebabkan pekebun tempatan kerugian kerana harga pasaran jatuh mendadak.

0
Shares
Total Views: 1
Pengimportan Sayur
Sim Tze Tzin berkata kejatuhan harga sayur di pasaran menyebabkan pekebun rugi dan tidak sihat untuk industri bagi jangka panjang. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA:
Bekas timbalan menteri pertanian Sim Tze Tzin menyeru kerajaan mengkaji balik pengimportan sayur-sayuran yang berleluasa dari Thailand dan China hingga menyebabkan harga makanan itu di pasaran jatuh mendadak.

Ahli Parlimen Bayan Baru berkata keadaan itu menyebabkan pekebun tempatan mengalami kerugian kerana terpaksa bersaing dengan sayuran import yang lebih murah.

“Petani menghadapi saingan daripada pengimportan sayuran-sayuran dari China dan Thailand yang berleluasa.

“China adalah negara besar, lambakan sayur di pasaran kecil Malaysia sudah tentu akan menyebabkan kerugian kepada pekebun kecil dan pekebun besar,” katanya di Facebook.

Sim berkata ada pekebun sayur dari Cameron Highland datang ke pejabatnya dan mengadu mengenai kejatuhan harga sayuran di pasaran.

“Contohnya, harga kobis yang dahulunya RM4 hingga RM5 sekilogram sekarang berharga RM1.80 sekilogram sementara kos pengeluaran pula adalah RM.160. Daun bawang pula berharga 30 sen sekilogram.

“Pengguna seronok apabila harga jatuh tetapi pekebun yang menghasilkan makanan mengalami kerugian, ini tidak sihat untuk industri penanaman sayur kita untuk jangka panjang,” katanya.

Katanya, baru-baru ini China dilaporkan mahu membuka satu syarikat yang akan mengimport terus makanan dari negara itu sekali gus menguasai rantaian pengimportan dan pasaran sayur tempatan.

“Jika keadaan ini berterusan petani yang mengalami kerugian akan bersara dari industri ini. Ini akan menjejaskan keterjaminan makanan negara,” katanya yang meminta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mencari penyelesaian kawalan penimportan sayuran-sayuran.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.