
Dalam kenyataan, kementerian itu berkata, melalui Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei, pihaknya sedang memantau dengan rapi laluan Taufan Gaemi.
Taufan itu melanda Taiwan pada awal pagi Khamis waktu tempatan, menurut Wisma Putra.
Setakat 5 petang Khamis, katanya, tiada laporan mengenai rakyat Malaysia yang terjejas akibat taufan itu.
Kementerian menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di Taiwan boleh menghubungi Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei di Tingkat 8, Bangunan Plastik San Ho, No 102, Jalan Dun Hua Utara, Taipei, Taiwan.
Mereka juga boleh menghubungi pusat itu melalui talian +886 2 2713 2626 atau melalui e-mel di mwtaipei@kln.gov.my.
Dalam kenyataan berasingan, kementerian itu berkata, pihaknya sedang memantau situasi di Filipina selepas dilalui Taufan Gaemi, yang dikenali pada peringkat tempatan sebagai Taufan Carina.
Kedutaan Besar Malaysia di Manila sedang memerhati dengan teliti kesan taufan itu. Sehingga kini, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terjejas oleh taufan itu di Manila.
Wisma Putra menggesa rakyat Malaysia di kawasan terjejas untuk kekal berwaspada dan mengikuti garis panduan keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.
Untuk bantuan konsular di Filipina, rakyat Malaysia boleh menghubungi kedutaan di alamat berikut: Salcedo Village, 107 Tordesillas, Makati, 1227 Metro Manila, Filipina.
Mereka juga boleh menghubungi kedutaan melalui talian +63 2 8662 8200 atau +63 917 864 0761 (selepas waktu pejabat) atau melalui e-mel di mwmanila@kln.gov.my.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram