HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

2 polis ditahan kes peras ugut warga asing

-

Penahanan susulan laporan dibuat pengadu menerusi video tular yang memaparkan kejadian itu.

0
Shares
Total Views: 1
hussein omar khan
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata suspek direman bermula hari ini hingga esok untuk siasatan lanjut.

PETALING JAYA:
Dua anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes pemerasan wang lelaki warga asing di Jalan Taman Sari Kajang, baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata penahanan itu susulan laporan dibuat pengadu menerusi video tular di media sosial yang memaparkan kejadian tersebut.

“Hasil semakan video yang tular tersebut telah membawa kepada penahanan terhadap dua anggota polis yang bertugas di IPD Kajang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, satu kertas siasatan dibuka bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara hingga 10 tahun, denda atau sebat, atau dengan mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Kedua-dua suspek direman bermula hari ini hingga esok untuk siasatan lanjut.

Hussein berkata, pihaknya tidak akan melindungi pegawai kanan atau pegawai rendah yang terlibat jenayah.

“Siasatan akan dijalankan sepenuhnya mengikut jenayah yang dilakukan tanpa kompromi,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.