HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Mangsa banjir di Perak kekal

-

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak berkata, 64 orang berlindung di SK Basia Lama, manakala 41 lagi di SMK Gerik.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Dua PPS dibuka di Hulu Perak sejak semalam selepas banjir menjejaskan Kampung Badariang, Kampung Sira Panas dan Kampung Padang. (Gambar Bernama)

IPOH:
Mangsa banjir di Perak kekal 105 orang daripada 36 keluarga setakat 8 pagi tadi yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak dalam kenyataan memaklumkan, PPS di daerah Hulu Perak dibuka sejak semalam susulan banjir yang menjejaskan Kampung Badariang, Kampung Sira Panas dan Kampung Padang.

“Seramai 64 orang daripada 21 keluarga berlindung di Sekolah Kebangsaan Basia Lama, manakala 41 orang daripada 15 keluarga berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik.”

Jabatan Meteorologi memaklumkan daerah Larut, Matang dan Selama, Kerian, Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak dijangka mengalami ribut serta hujan pada sebelah pagi serta petang ini.

Jabatan Pengairan dan Saliran pula memaklumkan paras air Sungai Kerian di Selama mencecah tahap bahaya 12.99m.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.