HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Calon PN umum manifesto Khidmat

-

Manifesto Rizwadi Ismail dilancarkan dalam majlis yang dihadiri Menteri Besar Mohd Nassuruddin Daud serta pimpinan PAS dan Bersatu.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Perikatan Nasional umum manifesto calonnya, Rizwadi Ismail, yang merangkumi tujuh bahagian untuk pelbagai bahagian masyarakat.

GUA MUSANG:
Tinggal lima hari sebelum hari mengundi, Perikatan Nasional (PN) mengumumkan manifesto calonnya, Rizwadi Ismail untuk DUN Nenggiri.

Manifesto ini dilancarkan di suatu majlis di Renok Baru, yang dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud, serta pimpinan PN seperti Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Fadzli Hassan dan Naib Presiden Bersatu Radzi Jidin, antara lain.

Manifesto dengan akronim Khidmat ini terbahagi kepada tujuh bahagian untuk pelbagai bahagian masyarakat, seperti Orang Asli, peneroka, kampung tradisi, anak muda, wanita, warga emas, dan usahawan; selain tawaran untuk semua warga Nenggiri.

Ia antara lain menyatakan akan melantik seorang pegawai pusat khidmat wakil rakyat dari kalangan Orang Asli, tuisyen percuma bagi murid-murid daripada keluarga kurang berkemampuan, dan menyelaras bantuan kemasukan asrama dan universiti untuk anak muda.

Pengundi Nenggiri akan memilih wakil mereka pada 17 Ogos ini, dalam pertandingan satu lawan satu antara PAS yang mempertaruhkan Rizwadi, dan BN yang ingin merampas kerusi itu menerusi Azmawi Fikri Abdul Ghani.

Pada PRN Kelantan Ogos tahun lalu, PN menang di Nenggiri dengan majoriti 810 undi dalam pertembungan dengan BN.

Seramai 20,259 pemilih layak untuk mengundi kali ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.