Penjawat awam gembira PM bela kumpulan pelaksana, staf gred rendah

Penjawat awam gembira PM bela kumpulan pelaksana, staf gred rendah

Semalam, Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji 15% secara berfasa mulai 1 Dis depan untuk kumpulan pelaksana, pengurusan dan profesional.

Anwar Ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata julat peningkatan pendapatan penjawat awam selepas Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) adalah 16.8% hingga 42.7%.
PETALING JAYA:
Rata-rata penjawat awam menyifatkan pelarasan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, semalam membela nasib kumpulan pelaksana menikmati tangga gaji lebih baik.
Hasni Hamzah.

Hasni Hamzah berkata kenaikan 15% cukup bermakna buat kumpulan itu yang kebanyakannya gred rendah sepertinya berdepan cabaran kos sara hidup untuk membeli barangan keperluan dan pendidikan anak-anak.

“Tinggi juga kenaikan untuk kakitangan gred N14 macam saya, sudah lama nantikannya dan akhirnya PMX (Anwar) tunaikan….beliau memang mengambil berat dan prihatin masalah kakitangan gred rendah.

“Memang bersyukur dengan kenaikan ini yang akan saya digunakan untuk pendidikan anak-anak dan perbelanjaan barangan keperluan,” kata kakitangan Kementerian Dalam Negeri itu ketika ditemui.

Semalam, Anwar yang juga menteri kewangan mengumumkan kenaikan gaji 15% secara berfasa mulai 1 Dis depan untuk kumpulan pelaksana, pengurusan dan profesional manakala 7% bagi pengurusan tertinggi.

Menurutnya, julat peningkatan pendapatan selepas pelarasan SSPA adalah 16.8% hingga 42.7%.

Kali terakhir gaji penjawat awam dinaikkan adalah pada 2013 membabitkan pemberian satu kenaikan gaji tahunan (KGT) antara RM80 hingga RM320.

Nor Idzura Suwarni.

Nor Idzura Suwarni dari Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pula berpandangan keutamaan kepada kumpulan pelaksana, pengurusan dan profesional mampu mewujudkan kesamarataan sosial, selain semangat untuk meningkatkan produktiviti.

“Terima kasih kepada PM kerana ramai memerluan kenaikan ini, pastinya ini beri semangat untuk tingkat produktiviti bagi penjawat awam beri perkhidmatan terbaik,” katanya.

Rajeswari Rajagopal.

Sementara itu, Rajeswari Rajagopal turut melahirkan rasa syukur dengan kenaikan gaji untuk penjawat awam gred rendah yang dapat mengimbangi cabaran kos sara hidup ketika ini.

“Bagi gred rendah PMX bagi peratusan tinggi, dapat duit lebih nanti boleh menabung dan simpan untuk perubatan (kecemasan).

“PMX jaga kita, kita jaga kerajaan,” katanya yang berazam meningkatkan produktiviti seiring dengan peningkatan gaji terbabit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.