
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak dalam kenyataan berkata, mayat mangsa Mathew Manggah, 46, ditemukan terdampar di kawasan pantai pada 4.56 petang kira-kira 350m dari lokasi mangsa dikhuatiri terjatuh.
Beliau berkata, mayat mangsa dijumpai pekerja warga China yang melalui kawasan pantai berkenaan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Terdahulu, bomba menerima panggilan pada 7.34 pagi tadi memaklumkan seorang operator kren yang berada di atas sebuah kapal di perairan Tanjung Kidurong berhampiran jeti Petcham Methanol Samalaju, Bintulu terjatuh ke laut.
Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan selepas penemuan mayat mangsa.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram