HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

PM tegas tak campur siasatan terhadap Muhyiddin

-

Anwar Ibrahim tidak akan campuri siasatan terhadap presiden Bersatu.

0
Shares
Total Views: 1
muhyiddin yassin
Siasatan terhadap Muhyiddin Yassin ikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, serta Seksyen 504 Kanun Keseksaan.(Gambar Bernama)

PUTRAJAYA:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan mencampuri siasatan terhadap Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang didakwa menyentuh institusi diraja ketika berkempen pada PRK DUN Nenggiri.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut saluran undang-undang dan menyerahkan perkara tersebut kepada peguam negara.

“Kita ikut jalur (undang-undang), serah kepada siasatan (polis) dan juga peguam negara. Saya tidak campur urusan (itu),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat kepada penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Muhyiddin didakwa membuat ucapan yang menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) semasa kempen PRK DUN Nenggiri di Kelantan baru-baru ini menyebabkan ramai pihak tampil membuat laporan polis.

Muhyiddin juga dikatakan mengeluarkan ucapan yang mempertikai tugas dan kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Siasatan terhadap bekas perdana menteri itu dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, serta Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.