![Free Malaysia Today](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F08%2F6934e780-puad-zarkashi-mohammad-zahir-abdul-khalid-tile-260824.webp&w=3840&q=75)
Speaker DUN Johor, Puad Zarkashi menyifatkan cadangan itu langkah sesuai dan berharap ia dilaksanakan secara menyeluruh, termasuk di jabatan kerajaan dan institusi pendidikan.
“Kita akan bincang di peringkat DUN dan saya anggap itu cadangan baik,” katanya kepada FMT.
Speaker DUN Perak, Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata cadangan itu inisiatif positif untuk memupuk semangat Rukun Negara di peringkat legislatif.
“Saya tidak kisah memperkenalkan bacaan Rukun Negara di DUN, tetapi mengikut prosedur, perlu ada perbincangan bersama ahli jawatankuasa,” katanya ketika dihubungi.
Semalam, FMT melaporkan Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkata, pihaknya giat berusaha memastikan bacaan Rukun Negara turut dilaksanakan di DUN seluruh negara, selepas menetapkan langkah sama di Dewan Rakyat bagi setiap sesi pembukaan penggal.
Katanya, kementeriannya juga dalam usaha mencetak lima prinsip Rukun Negara dan mukadimahnya pada helaian pertama naskhah Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya, semua inisiatif itu untuk membolehkan rakyat memahami dan menghayati Rukun Negara dalam usaha mengukuhkan perpaduan serta keharmonian dibina sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.
Speaker DUN Selangor Lau Weng San yang memberi respons positif berkata, jika pelaksanaannya membabitkan pindaan Peraturan Tetap, ia perlu melalui prosedur tertentu.
Speaker DUN Pahang, Mohd Sharkar Shamsudin berkata cadangan itu boleh dibincangkan dalam persidangan Speaker Parlimen dan DUN Se-Malaysia di Kuching pada 11 hingga 14 Sept ini.
“Kalau cadangan itu bagus, kita akan ikut,” katanya sambil menambah DUN tidak terikat kepada arahan kementerian.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram