HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

RON97, diesel turun 5 sen

-

Harga baharu itu bermula esok hingga 4 Sept.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today

PETALING JAYA:
Harga jualan runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung turun 5 sen.

Harga RON97 turun kepada RM3.42 dan diesel turun RM3.18.

Harga baru itu akan bermula esok hingga 4 Sept, menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan.

Bagaimanapun, harga runcit petrol RON95 kekal pada RM2.05 seliter.

Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan pula kekal RM2.15 seliter.

Seiring dengan penurunan harga pasaran minyak dunia, kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 sebanyak 5 sen kepada RM3.42 seliter dan harga runcit diesel di Semenanjung sebanyak 5 sen seliter kepada RM3.18 seliter, bagi tempoh 29 Ogos 2024 hingga 4 Sept 2024.

Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga, kata kenyataan itu.

Bermula 10 Jun lalu, harga jualan runcit diesel di Semenanjung diniaga RM3.35 seliter daripada RM2.15 susulan pengumuman penyasaran semula subsidi bahan bakar itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.