
Ketua Polis Dang Wangi, Sulizmie Affendy Sulaiman, berkata ia bagi memastikan keselamatan orang awam di sekitar kawasan berkenaan terjaga.
“Hal baik pulih saya rasa biar pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengeluarkan kenyataan manakala pihak polis pula lebih kepada keselamatan orang ramai dan pemantauan serta rondaan secara berkala,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau yang mengulas hasil perbincangan diadakan dengan DBKL hari ini turut menasihati orang ramai tidak terlalu menghampiri lokasi kejadian.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, mengumumkan SAR dihentikan selepas sembilan hari dimulakan, sejak hari pertama seorang wanita warga India G Vijaya Lakshmi, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam 8m susulan insiden tanah jerlus, 23 Ogos lalu.
Zaliha dilapor berkata, operasi itu kini memasuki fasa ‘search and recovery’ (mencari dan pemulihan) selepas mengambil kira pandangan pakar dan keputusan Kabinet.
Operasi SAR melibatkan lokasi utama sekitar Jalan Masjid India dan loji kumbahan di Pantai Dalam membabitkan 194 individu termasuk anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, DBKL, Angkatan Pertahanan Awam, Indah Water Konsortium, pasukan mencari dan menyelamat khas Malaysia serta polis.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram