HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Polis teliti kewangan syarikat berkait sindiket perdagang manusia, kata KPN

-

Ia susulan laporan Bank Negara dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan mengenai beberapa individu termasuk bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

0
Shares
Total Views: 1
razarudin
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata polis juga dalam tindakan menyemak penerbangan untuk melihat pergerakan individu berkenaan ke luar negara sejak 2019 khususnya ke Myanmar.

PETALING JAYA:
Polis sedang meneliti dan melakukan analisa berhubung kedudukan kewangan beberapa syarikat dalam siasatan membabitkan aktiviti sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata ia susulan laporan diterima daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (JPPM) mengenai beberapa individu termasuk bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri serta ahli perniagaan.

Katanya, polis juga dalam tindakan menyemak penerbangan untuk melihat pergerakan individu berkenaan ke luar negara sejak 2019 khususnya ke Myanmar.

“Selain itu, keterangan beberapa individu khususnya mereka yang pernah menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan di bawa balik dari Myanmar ke negara ini juga akan diambil.

“Tindakan ini adalah bagi melihat sekiranya ada maklumat baharu berdasarkan keterangan diambil yang boleh membantu dalam kes ini,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Harian Metro.

Razarudin berkata pihaknya sejak kelmarin hingga semalam sudah mengambil sembilan keterangan namun belum ada keterangan kukuh yang menjurus ke arah pemerdagangan manusia.

Katanya, mereka yang dirakam percakapan membabitkan ahli politik dan suaminya, selain ahli perniagaan dan beberapa individu dari sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta wartawan portal tempatan.

“Kita (polis) juga sedang mendapatkan maklum balas daripada pengarang yang menerbitkan laporan ‘Justice For Myanmar’ untuk dirakam percakapan secara dalam talian berkenaan isi kandungan artikel yang diterbitkan,” katanya.

Menurutnya lagi, berdasarkan percakapan diambil daripada Youtuber dari Indonesia, dia memaklumkan maklumat yang didedahkan itu adalah hasil siasatannya sendiri.

“Sebahagiannya merujuk kepada laporan yang diterbitkan ‘Justice For Myanmar. Pasukan siasatan juga ketika ini sedang mengesan dua lagi ahli perniagaan dari China bagi siasatan lanjut,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.