HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

5,822.59ha tanaman padi musnah akibat banjir

-

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata kerugian pada tanaman padi itu dianggarkan berjumlah RM32 juta.

0
Shares
Total Views: 1
banjir
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata kementerian mengambil beberapa langkah bagi membantu petani, penternak, dan nelayan yang terjejas akibat banjir di utara tanah air. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA:
Bencana banjir di beberapa negeri di utara Semenanjung Malaysia menyebabkan kawasan tanaman padi seluas 5,822.59ha ditenggelami banjir dengan anggaran kerugian sebanyak sebanyak RM32 juta.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata susulan bencana itu kementerian mengambil beberapa langkah bagi membantu petani, penternak, dan nelayan yang terjejas.

Katanya, bantuan pasca bencana akan disalurkan kepada petani, penternak, dan nelayan melalui Tabung Bencana Tanaman Padi dan Tabung Bencana Pertanian.

“Selain bantuan tersebut, AgroBank turut mengumumkan tawaran moratorium kepada pelanggannya yang terjejas akibat banjir.

“Petani, penternak, nelayan dan usahawan yang terlibat boleh memohon untuk mendapatkan kemudahan ini di cawangan AgroBank yang terdekat,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, usaha berterusan menangani impak banjir, Mohamad berkata, kementerian juga menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah dan negeri, serta mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana di peringkat pusat, negeri, dan daerah.

Katanya, pemantauan cuaca serta pelaksanaan pelan mitigasi juga sedang giat dijalankan untuk mengurangkan kerugian kepada sektor agromakanan negara.

“Kementerian juga mengarahkan KPKM Inc. mengadakan libat urus bersama jawatankuasa pengurusan bencana daerah dan negeri bagi memastikan maklumat berhubung penyelarasan bencana sentiasa dikemas kini dan disampaikan kepada kumpulan sasar.

“Kementerian turut bersedia menggerakkan aset-aset bagi membantu usaha-usaha menyelamat semasa banjir sekiranya perlu dan mendapat kebenaran dari pihak NADMA,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.