HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Kontraktor rugi lebih RM460,000 ditipu pelaburan tak wujud

-

Polis berkata mangsa terpedaya menyertai skim pelaburan saham yang menjanjikan keuntungan lumayan selepas dihubungi suspek di WhatsApp.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata lelaki berusia 65 tahun itu menyedari dirinya ditipu selepas tidak dapat mengeluarkan sebarang keuntungan daripada pelaburannya.

KUANTAN:
Seorang kontraktor pembinaan kerugian lebih RM460,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata lelaki berusia 65 tahun itu berminat menyertai skim pelaburan saham selepas menerima pesanan iklan menerusi aplikasi WhatsApp daripada nombor tidak dikenali awal September lepas.

Beliau berkata pesara kerajaan itu dijanjikan pulangan lumayan iaitu sebanyak 20% bagi setiap modal yang dilaburkan melalui laman web diberikan suspek.

“Dalam tempoh 5 hingga 20 Sept, mangsa membuat pemindahan wang sebanyak RM463,792 ke enam akaun diberi suspek.

“Mangsa menyedari dirinya ditipu setelah gagal menghubungi suspek dan tidak dapat mengeluarkan sebarang keuntungan. Sumber kewangan adalah wang simpanan mangsa dan dia membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya tidak mudah percaya individu tidak dikenali dan membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkaitan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.