HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Akta kawalan tembakau, vape berkuat kuasa 1 Okt

-

Akta ini merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan, dan larangan merokok serta vape di tempat awam.

0
Shares
Total Views: 1
smoking
Kumpulan kesihatan sebelum ini menggesa kerajaan segera menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang diwartakan pada 2 Feb lalu. (Gambar Pixabay)

PETALING JAYA:
Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) akan berkuat kuasa 1 Okt ini, umum Kementerian Kesihatan (KKM).

“Akta ini merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan, dan larangan merokok di tempat awam.

“Peraturan dan perintah yang bakal dikuatkuasakan termasuk rokok elektronik,” kata KKM dalam satu hantaran di X malam tadi.

Free Malaysia Today
Pengumuman oleh Kementerian Kesihatan malam tadi.

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata akta terbabit masih menunggu untuk dimuktamad dan diangkat untuk kelulusan Jabatan Peguam Negara.

Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam antara lain memperuntukkan larangan penjualan dan pembelian produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau serta penyediaan sebarang perkhidmatan merokok kepada kanak-kanak bawah umur.

Rang undang-undang (RUU) antimerokok yang diluluskan di Dewan Negara pada Disember lalu sudah diwartakan pada 2 Feb lalu.

Sebelum ini, FMT melaporkan kebimbangan pakar kesihatan yang penguatkuasaan akta itu mungkin sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’ seperti berlaku pada peruntukan generasi penamat rokok (GEG) yang digugurkan kerajaan.

Bekas presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Dr Zainal Ariffin Omar, berkata pengumuman pelaksanaan akta itu sebelum ini dibuat terlalu umum tanpa pelan dan penilaian sewajarnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.