HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

7 dirakam keterangan berkait perhimpunan solidariti di Kedutaan AS

-

Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata penganjur tidak menyerahkan notis pemakluman kepada polis dan tidak mendapat kebenaran pemilik premis.

4
Shares
Total Views: 176
Rusdi Mohd Isa
Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada pejabat timbalan pendakwa raya dalam minggu ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA:
Polis dijangka menyerahkan kertas siasatan berhubung perhimpunan solidariti di pintu belakang Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dalam minggu ini selepas merakam keterangan tujuh individu, termasuk penganjurnya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada pejabat timbalan pendakwa raya.

“Pihak penganjur tidak menyerahkan notis pemakluman kepada polis serta tidak mendapat kebenaran daripada pemilik premis.

“Mereka seharusnya mematuhi peraturan termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya menurut Sinar Harian dalam sidang media di IPK Kuala Lumpur.

Isnin lalu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Wangsa Maju dilaporkan membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 berkaitan perhimpunan itu.

Ketua Polis Wangsa Maju Mohamad Lazim Ismail dilaporkan berkata, tujuh individu menyuarakan sokongan kepada Palestin dan mengecam tindakan Israel dalam himpunan 8.10 pagi itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.