HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

808 mangsa banjir di 10 PPS Johor

-

Batu Pahat menjadi daerah terbaharu terjejas banjir dengan sebuah lagi PPS dibuka di daerah itu, selepas Kluang dan Pontian.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Anggota Angkatan Pertahanan Awam meninjau keadaan banjir kilat di kawasan perumahan. (Gambar APM Johor)

PETALING JAYA:
Seramai 808 mangsa banjir daripada 240 keluarga ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor pagi ini.

Batu Pahat menjadi daerah terbaharu terjejas banjir dengan sebuah lagi PPS dibuka di daerah itu, selepas Kluang dan Pontian.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Azmi Rohani dipetik Harian Metro berkata, mangsa banjir paling ramai di Kluang, iaitu 674 daripada 199 keluarga yang ditempatkan di enam PPS sejak semalam.

Sepuluh PPS itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Onn Jaafar, SK Seri Kampung Renggam, Dewan Kampung Kolam Air, SK Simpang Renggam, SK Seri Kencana, SK Sungai Linau, Dewan Terbuka Kampung Paya Palembang, Balai Raya Parit Haji Hashim, SK Seri Anom dan SK Seri Bunut.

Menurut laporan Jabatan Perairan dan Saliran, paras air sungai di Sungai Benut berada di paras waspada 6.18m.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.