HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Mahkamah tolak prosiding hina mahkamah terhadap MP Machang

-

Peguam bekas ketua menteri Pulau Pinang itu telah memohon untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berhubung hantaran ‘ejekan’ di X.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Peguam Lim Guan Eng tersinggung dengan hantaran Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berhubung perbicaraan rasuah terowong dasar laut bekas ketua menteri Pulau Pinang itu.

KUALA LUMPUR:
Mahkamah Sesyen di sini hari ini permohonan peguam Lim Guan Eng untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap seorang ahli parlimen pembangkang mengenai hantarannya di media sosial berhubung perbicaraan rasuah terowong dasar laut yang sedang berjalan.

Hakim Azura Alwi berkata beliau mengambil perhatian terhadap aduan Lim tetapi tidak berhasrat membenarkan prosiding terhadap Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

“Saya tidak tahu apa yang pihak pendakwa mahu lakukan,” kata Azura.

Terdahulu, peguam RSN Rayer memberitahu mahkamah bahawa Wan Fayhsal telah membuat hantaran itu di X minggu lepas, dengan berkata ia bertujuan untuk memperlekeh Lim berhubung kes sedang berjalan.

“Komen sebegitu tidak sepatutnya dibuat.

“Dia (Wan Fayhsal) tidak berada di mahkamah (minggu lalu) dan membuat kesimpulan berdasarkan laporan media,” kata Rayer.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin memberitahu mahkamah bahawa tiada siapa yang patut mengulas mengenai perbicaraan itu.

Lim dibicarakan atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya sebagai ketua menteri Pulau Pinang ketika itu untuk meminta 10% daripada keuntungan projek terowong dasar laut dan menerima RM3.3 juta sebagai suapan daripada Zarul.

Beliau juga menghadapi dua pertuduhan salah guna melibatkan tanah bernilai RM208.7 juta milik kerajaan negeri daripada dua syarikat.

Perbicaraan akan bersambung.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.