HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Bicara kes cedera, khianat Norjuma mula April, Mei tahun depan

-

Bekas personaliti televisyen itu didakwa tendang ‘pak guard’; tampar pipi seorang wanita; dan merosakkan palang keluar kondominium.

0
Shares
Total Views: 552
Free Malaysia Today
Hakim menolak perbincaraan Norjuma Habib Mohamed mencederakan dua individu dan khianat dibicarakan bersama kerana saksi dan mangsa adalah berbeza. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR:
Perbicaraan kes bekas personaliti televisyen, Norjuma Habib Mohamed, yang didakwa menyebabkan kecederaan ke atas dua individu dan melakukan khianat, akan bermula pada April dan Mei tahun hadapan, di tiga Mahkamah Majistret.

Bagi pertuduhan menyebabkan kecederaan dengan menendang betis kaki kiri seorang pengawal keselamatan lelaki warga Nepal, Neupane Tika Ram, Majistret Illi Marisqa Khalizan menetapkan perbicaraan selama dua hari iaitu pada 28 dan 29 April 2025.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah pusat tuisyen di Bukit Damansara, Brickfields, pada 3 petang, 29 Mac 2018, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding di hadapan Majistret Haneefa Arifin pula, mahkamah menetapkan 13 dan 14 Mei depan untuk perbicaraan bagi pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Afiq Ismail, 34, di sebuah syarikat borong dan runcit di Menara Atlan, Jalan Ampang, Dang Wangi, pada 8.43 malam, 21 Feb 2017, mengikut seksyen sama.

Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan pula menetapkan 5 dan 6 Mei 2025 bagi perbicaraan melakukan khianat dengan merosakkan palang keluar dan masuk kenderaan serta kamera litar tertutup (CCTV) milik Kondominium Sastra U-Thant, Wangsa Maju, pada 7.44 dan 7.45 malam pada 28 Julai 2023, yang menyebabkan kerugian keseluruhan RM4,700.

Pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, bagi satu lagi pertuduhan dihadapi Norjuma yang didakwa menyebabkan kecederaan dengan menampar pipi serta mencakar tangan Nur Solehah Rosli, 31, di kondominium sama, pada 10.30 pagi, 18 Okt 2021, mahkamah menetapkan 11 Nov untuk serahan dokumen dan untuk menetapkan tarikh perbicaraan.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syafika Azwa Fikri, Amritpreet Kaur dan Pegawai Pendakwa Shazwan Shahrun, manakala Norjuma diwakili peguam Faiz Kamal Jaafar.

Terdahulu, Syafika Azwa dan Amritpreet memaklumkan kepada mahkamah bahawa permohonan Norjuma untuk semua kes dibicarakan bersama ditolak.

“Permohonan itu ditolak kerana saksi dan mangsa dalam kes itu adalah berbeza,” kata Amritpreet.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.