HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Bekalan makanan dijangka cukup sepanjang Monsun Timur Laut

-

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata, pihaknya sudah membuat persiapan berdasarkan pengalaman lepas.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Kerajaan akan memastikan bekalan makanan untuk rakyat mencukupi sepanjang MTL, walaupun harganya mungkin turun naik mengikut keadaan semasa, kata Mohamad Sabu.

PETALING JAYA:
Bekalan makanan dijangka mencukupi untuk menampung keperluan rakyat sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL).

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata, pihaknya sudah membuat persiapan berdasarkan pengalaman lepas bagi menghadapi keadaan cuaca tidak menentu, termasuk kemungkinan hujan lebih lebat pada MTL tahun ini.

“Mencukupi atau tidak, kalau ikut pengalaman lepas, memang kita dapat sediakan dengan mencukupi,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pendaratan ikan tuna di Dermaga Bagan Dalam, Butterworth, lapor Bernama.

Beliau berkata, kerajaan dalam apa jua keadaan akan memastikan makanan tetap cukup untuk rakyat, walaupun harganya mungkin turun naik bergantung pada bekalan semasa.

Terdahulu, Mohamad menyaksikan pendaratan 75 tan ikan tuna hasil tangkapan syarikat tempatan, Alpha Ocean Resources Bhd Group (AORB Group).

Syarikat itu melakukan penangkapan ikan tuna tiga kali setahun dan ini merupakan yang ketiga untuk tahun ini dengan hasil tangkapan dieksport ke Jepun, Singapura, Vietnam, Thailand dan Amerika Syarikat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.