HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

JKM serah 55 budak terkait GISBH kepada waris terdekat, kata menteri

-

Nancy Shukri berkata perkara itu dibuat melalui perintah mahkamah.

0
Shares
Total Views: 1
rumah amal
Pangkalan Glilot milik perisikan tentera Israel diserang roket, dakwa Hizbullah. (Gambar PDRM)

PUTRAJAYA:
Seramai 55 kanak-kanak diselamatkan menerusi Op Global membabitkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) telah diserahkan kepada ahli keluarga terdekat yang layak setakat ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri, berkata perkara itu dilaksanakan berdasarkan lunas undang-undang dan melalui perintah mahkamah.

“…sekali lagi kita perlu melalui perintah mahkamah. Kita ambil anak itu pun melalui prosedur mahkamah yang beri kebenaran kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), selepas itu untuk mengeluarkannya (kanak-kanak) juga kena mohon dengan mahkamah.

“Tugas JKM bukan mengambil anak orang, kerja kita adalah untuk melindungi dan menyelamatkan anak-anak,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Mengenai Penuaan 2024.

Setakat ini, 560 kanak-kanak iaitu 283 lelaki dan 277 perempuan ditempatkan di pusat perlindungan selepas JKM mendapat perintah jagaan sementara daripada mahkamah bagi tempoh dua bulan mengikut peruntukan Seksyen 25(2)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pada 20 Okt, Nancy berkata belum ada kanak-kanak dipulangkan kepada ibu bapa kerana dikhuatiri berlaku kes perebutan hak jagaan.

Katanya, pihaknya perlu lebih berhati-hati kerana bagi sesetengah kes, terdapat juga permohonan dilakukan secara berasingan oleh ibu dan bapa kanak-kanak, yang mungkin mendatangkan pelbagai permasalahan lain.

Sejak Op Global fasa pertama bermula pada awal September, sejumlah 415 individu termasuk pengurusan tertinggi GISBH ditahan manakala 625 mangsa berusia dua bulan hingga 28 tahun berjaya diselamatkan oleh pihak polis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.