HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Amang seksual: Cikgu tuisyen dipenjara 6 tahun, 3 sebatan

-

Hakim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah di akhir kes pembelaan dan memerintahkan tempoh penjara bermula hari ini.

0
Shares
Total Views: 1
kl high court
Guru tuisyen Hong Meng Keat dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan amang seksual kanak-kanak berusia tujuh tahun.

KUALA LUMPUR:
Mahkamah Sesyen memerintahkan seorang guru tuisyen dipenjara enam tahun dan disebat tiga kali kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, empat tahun lalu.

Hakim Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu terhadap Hong Meng Keat, 25, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah di akhir kes pembelaan dan memerintahkan tempoh penjara bermula hari ini.

Tertuduh juga diperintahkan menjalani kaunseling selama tempoh pemenjaraan dan berada bawah pengawasan polis selama setahun, selepas menjalani hukuman.

Hong didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang ketika itu berusia tujuh tahun 10 bulan di sebuah rumah di Sentul, antara 7 malam hingga 9 malam, awal Ogos 2020.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, ibu bapa mangsa membuat laporan polis selepas mengetahui perbuatan tertuduh semasa mengajar kanak-kanak itu, yang turut dilihat adik lelaki mangsa.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Ikhwan Mohd Nasir memohon hukuman penjara dan sebatan kepada tertuduh kerana perbuatan itu keji, mendatangkan trauma kepada mangsa dan keluarga serta cenderung kepada pedofilia.

Peguam K Syama Sundar bagaimanapun memohon anak guamnya dikenakan bon berkelakuan baik atas faktor usia, selain tertuduh tidak mempunyai rekod jenayah dan menanggung ibu bapa serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.