HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Penganjur mohon maaf isu kibar bendera China

-

Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong Soon Boon Hua berkata insiden mengibar bendera China dilakukan rakyat negara itu dalam sambutan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan, semalam.

0
Shares
Total Views: 1
Sambutan Guan Gong
Sambutan Guan Gong Sedunia diadakan di sekitar Menara Condong Teluk Intan, semalam.

PETALING JAYA:
Susulan tular video peserta mengibarkan bendera China di Menara Condong Teluk Intan, penganjur tampil memohon maaf dan mendakwa tindakan itu suatu yang tidak dirancang.

Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong Soon Boon Hua berkata insiden mengibar bendera China dilakukan oleh rombongan rakyat dari negara itu dalam sambutan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan, semalam.

“Tindakan mengibarkan bendera negara lain tidak sesekali pun dirancang dalam tentatif sedia ada oleh pihak pengelola.

“Dalam setiap program sambutan ini di pelbagai negeri, pihak pengelola akan mengibarkan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang sebagai simbol patriotisme. Perarakan dan sambutan di Teluk Intan tidak terkecuali.

“Sebagai pihak pengelola, saya sekali lagi memohon maaf atas insiden tersebut dan akan meneliti segala aspek yang perlu diperbaiki demi menjayakan program tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria mendakwa kejadian itu berlaku ketika sambutan pesta tanglung di Teluk Intan, 13 Sept lalu, selain kononnya turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Bagaimanapun, pegawai kepada Nga menafikan menteri terbabit hadir dalam program yang mana didakwa berlakunya peristiwa pengibaran bendera China.

Menurutnya, kejadian itu sebenarnya berlaku pada sambutan Guan Gong Sedunia yang berlangsung semalam, bukan semasa pesta tanglung seperti didakwa Razman.

Razman membuat dakwaan berdasarkan video tular di media sosial yang mendakwa ada sekumpulan peserta mengibarkan bendera China.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.