![Mohd Hafiz Muhammad](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F09%2F55d331ba-mohd-hafiz-muhammad-fb-polis-sg-buloh-030924.webp&w=3840&q=75)
Ketua Polis Sungai Buloh, Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata siasatan mendapati suspek berusia 38 tahun mempunyai dua anak yang lebih kurang sebaya mangsa.
“Oleh kerana rindu, dia mula berkelakuan sedikit tidak siuman. Kali terakhir dia balik ke Nepal untuk berjumpa anak dan isterinya ialah sekitar Hari Raya Aidilfitri 2023.
“Suspek dirujuk ke bahagian psikiatri Hospital Sungai Buloh dan polis sedang menunggu keputusan. Polis sedang menyemak dengan Jabatan Imigresen berkenaan pas keluar masuk dan pas lawatan kerja sementara suspek,” katanya dalam kenyataan.
Media sebelum ini melaporkan kanak-kanak lelaki berkenaan nyaris dilarikan dari sebuah rumah di Kampung Bunga Raya selepas suspek memperkenalkan diri sebagai tukang cuci sebelum tiba-tiba masuk ke ruang tamu rumah kira-kira 12.40 tengah hari.
Lelaki itu bagaimanapun lari tanpa sempat mengambil kanak-kanak berkenaan selepas ibu mangsa menjerit meminta pertolongan.
Dia diberkas penduduk sekitar dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram