
Ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa) ke-44 hari ini, Zahid mencadangkan pengusaha bas membuat resolusi pada mesyuarat itu yang kemudian akan dikemukakan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan.
“Kita (harus) berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana untuk 6,000 liter pertama bagi setiap bas ekspres, kos diesel tetap pada harga RM1.88 sen,
“(Namun) saya diberitahu bahawa keperluan setiap bas pada puratanya adalah sebanyak 10,000 liter sebulan,” katanya di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
“Saya menyarankan….agar resolusi (dibuat) dalam mesyuarat agung ke-44 ini (untuk) memohon kerajaan meningkatkan kuota kepada 10,000 liter bagi setiap bas. Saya (sebagai) salah seorang anggota Jemaah Menteri, saya rasa munasabah untuk permohonan itu diberikan pertimbangan (kerajaan).”
Beliau berkata demikian susulan seruan Yang Dipertua Pembawa Laili Ismail supaya kerajaan mempertimbangkan menaikkan kuota subsidi diesel sebanyak 4,000 liter bagi pengusaha bas.
Dalam pada itu, Zahid turut menggalakkan pengusaha bas ekspres beralih kepada penggunaan kenderaan elektrik (EV), yang menurutnya mampu menjimatkan kos penyelenggaraan dalam jangka panjang.
“Pembawa dan syarikat bas ekspres lain harus melakukan beberapa perubahan, terutamanya apabila kerajaan kelak menyarankan agar bas-bas ditukar kepada EV kerana (dalam) jangka panjang, kos selenggaranya agak kurang berbanding (kenderaan) konvensional,” katanya.
Dianggarkan lebih RM3 juta kos tambahan terpaksa ditanggung oleh 25 syarikat bas ahli Pembawa susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel baru-baru ini.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram