
Ketua Pemudanya Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata pemimpin kerajaan termasuk Menteri Ekonomi Rafizi Ramli tidak sepatutnya menjadikannya sebagai ‘peluru’ menyerang pembangkang, sebaliknya berusaha menunaikan janji mereka sebelum mentadbir.
“Rakyat nak tahu apa kerajaan buat, bukan nak tengok peluru hendak digunakan untuk serang semula…kalau asyik menyerah lebih baik YB (Rafizi) jadi pembangkang semula.
“Jadi (kami sebagai) pembangkang bukan kena bangkang semua…mungkin itu zaman YB termasuk turun ke jalan raya…tetapi bukan kami kena ikut,” katanya kepada FMT.
Semalam, Rafizi membidas pembangkang kerana mendakwa kekurangan angka sebagai alasan tidak boleh menyediakan bajet bayangan, untuk dibandingkan dengan Belanjawan 2025.
Rafizi berkata PN sebenarnya boleh mengumpul angka-angka tersebut menerusi pelaporan rasmi dibentangkan di Parlimen setiap tahun bagi tujuan anggaran dan unjuran belanjawan, seperti dilakukan PH ketika menjadi pembangkang.
Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari menolak gesaan supaya pembangkang membentangkan belanjawan sendiri kerana menganggapnya tidak relevan serta perlu angka tepat berkaitan unjuran dan butiran pendapatan negara.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bachok Mohd Syahir Che Sulaiman meminta Rafizi cermin diri sebelum menggesa pembangkang mengemukakan bajet bayangan kerana PH sendiri dilihat tidak menunaikannya apabila menjadi kerajaan.
Menurutnya, malah wakil rakyat PH ketika di blok pembangkang membahaskan belanjawan kerajaan bukannya membawa perancangan bajet mereka untuk dibincang dalam Dewan Rakyat.
Katanya, Rafizi juga sepatutnya tahu pembangkang tidak mempunyai akses data lengkap dalam jabatan kerajaan atau kementerian untuk menyediakan bajet bayangan tepat.
“Jadi mana mungkin pihak pembangkang boleh mengemukakan satu unjuran perbelanjaan dan pendapatan tepat kerana tak ada akses terhadap maklumat kerajaan, cuma boleh ambil jalan tengah yang diistilahkan strategi belanjawan bukan dokumen.
“Itu kita lebih dari sedia untuk kemukakan dan lebih munasabah untuk pembangkang bentang,” katanya yang juga ketua portfolio ekonomi PN.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram